PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KAMPUNG PARIT SAPRAN
Pengenalan
Pusat Internet 1Malaysia Kampung Parit Sapran ini merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.
Pusat Internet 1Malaysia Kampung Parit Sapran ini mula beroperasi pada 25 Januari 2014 dengan dua orang petugas iaitu Puan Roszita binti Hamidun selaku Pengurus dan juga Cik Zarina binti Sarbani selaku Penolong Pengurus.
Pusat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pontian pada 25 April 2014.
Pusat ini kini mempunyai keahlian seramai 257 orang yang terdiri daripada komuniti setempat.