Motto
“SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”
SEJARAH KG. PARIT SAPRAN
Kawasan 2, Mukim Api-Api, Pontian, Johor telah diterokai pada tahun 1921 oleh beberapa orang yang diketuai oleh Tn. Hj. Sapran, nama rakan-rakan sebagaimana nama kampung rangkaian: Pekan Kayu Ara Pasong,Jalan Api-Api, Jalan Pt. Hj. Abd. Rahman, Jalan Pt. Hj. Omar, Jalan Pt. Sapran, Parit Sulaiman, Parit Baru, Jalan Sg. Terus, Jln. Pt. Hj. Tahir dan Jln. Pt. Kah Hoon
Kawasan 2, Mukim Api-Api terletak dalam Kawasan Parlimen Pontian P144 dan Kawasan DUN Pulai Sebatang N39, Lebih kurang 10 KM dari Bandar Pontian. Kedudukannya disebelah kanan Jalan Pontian ke Benut, kira-kira 4KM dari Pontian belok ke Kanan melalui Jalan Kayu Ara Pasong – Pt. Sikom jaraknya lebih kurang 6 KM untuk sampai ke Pekan Kayu Ara Pasong, Ada Tiga jalan penghubung ke kampong ini tetapi Kebanyakannya melalui jalan Pt. Hj. Tahir atau Jalan Api-Api.