Parit Sikom Esplanade
Taman Ekologi Sungai Kita
PSE Komuniti Presentation 2017
Projek Desa Wawasan Anjuran J/K Surau Nurul Falah Pekan Parit Sikom,Pontian Johor Darul Ta’zim
LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN/PRODUK EKO PELANCONGAN PT.SIKOM ESPLANADE ( julai 2015 hingga April 2017)
Sektor pelancongan memainkan peranan penting bagi memastikan pelancong sampai kedestinasi yang hendak di tuju. Malah sektor pelancongan pada masa kini adalah salah satu produk yang ditawarkan dalam sektor industri pelancongan.
Hal ini kerana, Pt. Sikom Esplanade mahu memenuhi kehendak dan keperluan para pelancong dalam Negara buat masa ini. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan atau produk yang akan kami keluarkan pada masa yang akan datang. Selain itu matlamat kami adalah untuk menjadikan tempat ini sebagai pusat pembelajaran/ilmu alam dan beriadah disamping menjadikan ia pusat eko pelancongan di daerah Pontian,Johor.
Diharap, dengan adanya Pt. Sikom Esplanade taman ekologi sungai kita ini, dapat memberi idea baru kepada belia dan pemuda setempat untuk menjana pendapatan dan membuat programyang boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat.
Dengan adanya kerjasama dan muafakat dari semua peringkat/pihak (tiada yang tertinggal), secara tidak langsung ini dapat menaikkan kembali Kampung Parit Sikom secara khususnya, meningkatkan lagi produk dan ekonomi penduduk sekitar amnya.
Oleh itu, Kami iaitu Pt. Sikom Esplanade perkenalkan Program pembangunan perkhidmatan atau produk Pelancongan seperti berikut untuk rujukan semua.
01 Halaman Herba
02 Tapak Perkemahan
03 Kolam Rekiasi Ekologi 2 in1
04 Bengkel Usahawan/Parang House
05 Kelip-Kelip/FireFlies
06 Jeti Memancing
07 Ketam Kecil/Mini Crab
08 Dusun Buah-Buahan
09 Pt.Sikom Esplanade Eco Lab
010 Birding,Bird Wacthing/Pemerhati Burung