Tujuan
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Parit Sapran Tahun 2019 bertujuan memperkenalkan semua perkhidmatan dan aktiviti yang tersedia di PI Parit Sapran disamping memperkenal program-program advokasi kepada semua komuniti . Selain itu untuk mengeratkan hubungan PI dengan masyarakat setempat.
Aktiviti
Sepanjang program tersebut, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya taklimat KDB, taklimat pelbagai agensi(OUM,PTPTN,Klinik Kesihatan,Tappurware Brands) pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi, pertandingan (mewarna dewasa, mewarna kanak-kanak,membuat origami, fast typing, kerusi beracun kanak-kanak, cabutan bertuah,sukaneka,puzzle kdb, dan pertandingan anyaman ketupat).
