PRODUK TEMPATAN KAMPUNG
Tempe yang dihasilkan oleh penduduk kampung.
Perniagaan kuih dan biskut oleh orang Kampung.
Menjual sayur-sayuran kampung di kedai runcit.
Produk tempatan banyak dihasilkan oleh masyarakat kampung Parit Sapran, malahan produk-produk ini telah di jual hingga keseluruh negeri Johor. Ramai daripada peniaga mendapat ilmu dari kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI, Persatuan Wanita, Ketua Kampung dan UMNO Cawangan Tanjung Piai. Peluang seperti ini dimanfaatkan oleh masyarakat kampung sebaik-baiknya kerana dapat menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga.
Selain daripada itu, mereka juga menggunakan media sosial untuk mempamerkan produk mereka kepada orang luar untuk mendapat ramai pelanggan dan meningkatkan lagi mutu jualan. Produk tempatan sangat diperlukan untuk meningkatkan ekonomi kampung dan memajukan kampung itu sendiri.