mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Pertanian

 

PERTANIAN

 

80% keluarga penduduk Parit Sapran Kawasan 2 Mukim Api-Api mengusahakan pertanian jenis tanah yang ada. 70% terdiri daripada tanah gambut dan 30% tanah liat.

 

 

Taburan tanaman dan kegunaan tanah adalah seperti berikut:

 

Jenis Tanaman

Keluasan (Ha)

Peratus

Kelapa sawit

593

75%

Getah

40

5%

Dusun

79

10%

Lain-lain

79

10%

 

 

Terdapat dua projek berkelompok di bawah bimbingan dua agensi iaitu:

 

Nama Agensi

Projek

Keluasan (Ha)

Peserta

RISDA

Estet Ala RISDA

80

75%

Jabatan Pertanian

Projek Berkelompok Dusun

30

23%

 

Projek ini mempunyai struktur organisasi sendiri. Agensi terlibat sentiasa memberi bimbingan dan khidmat nasihat bagi menjayakan projek ini.

Hasil kelapa sawit dijual melalui KEPAK, PPK dan orang perseorangan / pembeli kelapa sawit dengan purata pendapatan seorang RM1,200.00 sebulan.

Hasil dusun dan getah dijual melalui pembeli yang dating untuk membeli hasil tersebut dan memberi pendapatan RM500.00 hingga RM900.00 sebulan.

Pengurusan projek berkelompok dibuat bersama Antara AJK dan ahli manakala yang individu pengurusannya dibuat secara individu dan gotong-royong.

 

Tanah Terbiar

Terdapat 30 hektar tanah terbiar pada tahun 2001 dan 2002 (tanah yang ada hakmilik dan lebih dari 5 tahun). Pada tahun 2003, tanah tersebut mula dimajukan setelah dapat kemudahan jalan. Manakala 5 hektar di tepi sungai diusahakan dengan ternakan lembu. Modal pembiayaan sendiri dan keluarga. Dari projek tersebut, pengusaha telah memperolehi hasil yang lumayan bermula pada akhir tahun 2006. Penduduk amat prihatin tentang pembangunan tanah terbiar.

 

Penggunaan Tanah

Penduduk telah menggunakan tanah secara optima dimana di sekeliling rumah ditanam dengan bunga-bungaan, sayuran untuk sara diri dan buah-buahan. Ada di antara penduduk menanam dengan tanaman pokok buah naga.