Sehubungan itu, persatuan wanita di Kampung Parit Sapran ini digalakkan mempelajari cara-cara pengurusan jenazah bagi mewujudkan kesinambungan dan tidak terlalu bergantung kepada khidmat ‘orang tertentu’ sahaja dalam melaksanakan tanggungjawab itu.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah ceramah tentang tanda-tanda kematian, adab terhadap orang yang telah meninggal dunia, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan jenazah. Peserta-peserta yang terlibat turut ditekankan aspek praktikal terutama dalam mengkafankan jenazah dan seorang peserta turut terlibat menjadi model semasa praktikal mengkafankan jenazah.