MCMC melalui NADI memperkenalkan projek perintis penghantaran ubat menggunakan dron bagi mempercepatkan akses ubat ke kawasan pedalaman dengan perkhidmatan teknologi 5G dan AI.
Fasa pertama inisitif bermula di dua NADI tahun ini, termasuk NADI di Tawau dan akan diperluas ke 150 NADI pada 2026 serta 392 NADI menjelang 2027.
Inisiatif ini diperkenalkan semasa lawatan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Pengerusi Eksekutif MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din ke reruai NADI di Program MADANI Rakyat Tawau, Sabah.
Reruai NADI turut mengetengahkan Perkhidmatan Pintar berasaskan lima komponen utama: Keusahawanan, Kesihatan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesedaran IT dan Perkhidmatan Kerajaan.


