mcmc
Galeri FotoMaklumat Am

MCMC telah menjayakan Program Cashless Carnival

MCMC telah menjayakan Program Cashless Carnival Perak 2025 pada 2 Mei di Tualang Sekah, Perak, sebagai usaha untuk memupuk kesedaran dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap penggunaan kaedah bayaran tanpa tunai. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, YB Mohd Azlan Helmi.

Antara rakan strategik yang turut serta dalam program ini termasuklah Bank Negara Malaysia, Bank Islam, Touch ‘n Go Digital, Maybank, Bank Simpanan Nasional, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Fiuu, Setel serta TM Unifi Business.

Lebih 330 pengunjung hadir untuk mendapatkan maklumat dan mencuba sendiri kemudahan bayaran tanpa tunai melalui aktiviti yang disertai oleh rakan strategik. Program Cashless menjadi pemangkin dalam usaha membentuk komuniti digital.