mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti

IMG 0977

PROGRAM TAUTAN KASIH

 

 

Dirasmikan oleh Yang  Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

 

IMG 1012

Aktiviti waktu pagi aerobik untuk warga emas.

 

IMG 0992

Pertandingan memasak makanan kampung & membuat kuih tradisional.

 

IMG 1017

Pertandingan kraftangan menggunakan bahan rotan & tikar pandan.

 

IMG 0987

Jualan produk & makanan berasaskan kampung.

 

IMG 0996

Pemeriksaan Kesihatan daripada klinik kesihatan Kayu Ara Pasong Pontian.

     Pada 09/04/2017 yang lepas, telah diadakan Program Tautan Kasih yang dianjurkan oleh PKK Parit Haji Omar, PKK Parit Haji Siraj, PKK Benut dan PKK Sungai Besar dengan kerjasama KEMAS, Mini RTC Parit Sapran, Pejabat Jasa dan Wanita UMNO Cawangan. Pusat Internet Kampung Parit Sapran telah dijemput oleh pengerusi program tersebut iaitu Puan Rohana binti Musa untuk mengadakan pameran dan aktiviti/kuiz bagi memeriahkan lagi program tersebut. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap Ahli Parlimen Pontian.

     Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program ini berlangsung. Antara pertandingan yang diadakan sempena program ini adalah:

  • Pertandingan Memasak Asam Pedas
  • Pertandingan Memasak Nasi Goreng
  • Pertandingan Memasak Kuih Berasaskan Ubi
  • Pertandingan Gubahan Bunga daripada Bahan Terbuang

Selain itu, terdapat juga jualan produk IKS tempatan dan pameran serta pemeriksaan kesihatan percuma yang dijalankan oleh Klinik Kesihatan Kecil Kayu Ara Pasong. 

     Selain mengadakan pameran dan aktiviti, pihak PI turut dijemput untuk memberikan taklimat kesedaran mengenai kepentingan mengitar semula barangan elektronik terpakai atau rosak melalui kempen E-waste dan taklimat kesedaran dan keselamatan internet iaitu Klik Dengan Bijak (KDB). Impak daripada taklimat yang diberikan ini, penduduk kampung ini mula mengumpul barangan elektronik yang telah rosak dan tidak digunakan lagi dan diserahkan kepada pihak PI bagi proses pengumpulan sebelum diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Selatan.

      Diharap program seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap kerana banyak mendatangkan manfaat kepada masyarakat tanpa mengira usia dan latarbelakang. Malahan program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara penduduk kampung dan Pusat Internet Kampung Parit Sapran khasnya.