mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan – Puan Sarifah Ainah

Latar Belakang Calon 

Nama : Pn. Sarifah Ainah binti Saban

Tarikh Lahir : 31 Disember 1968

Umur : 56 Tahun

Pekerjaan : Suri Rumah

Latar belakang

Pn Sarifah Ainah merupakan suri rumah sepenuh masa. Bagi menambah pendapatan keluarga, beliau menjual peyek mini berempah yang dibuat sendiri. Beliau menggunakan  Whatsapp dan cod sebagai medium perantara bagi mempromosikan produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Ramai tak menyedari mengenai jualan peyek mini berempah yang dibuat olehnya kerana tidak tahu bagaimana hendak menggunakan media sosial dan teknologi bagi mempromosikan jualannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Kg Parit Sapran, beliau kini telah memiliki beberapa platform untuk menjual produk beliau melalui atas talian. Pelanggan beliau kini telah meningkat. Dari hanya komuniti di sekitar kampung, kini telah bertambah meluas pasarannya. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM1,000 – RM1,500.

Apa yang dipelajari melalui PI

Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, e-commerce, dan My Shop

Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

Mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 PI membantu mempromosikan produk My Shop Dashboard Komuniti.

Membekalkan fasiliti penggunaan internet, memudahkan usahawan mempromosikan jualan.

Memberi kelas usahawan seperti latihan Bengkel Perniagaan Online.

Gambar disini