Latar belakang
Najman Ikmal merupakan pelajar SPM di Sek Men Keb Kayu Ara Pasong. Dengan memperolehi keputusan 3A 4B 2C dalam PT3 yang lepas. Beliau sekarang baru sahaja menghabiskan peperiksaan SPM minggu lalu. Beliau merupakan anak ke 2 dari 6 orang adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bagi mengisi masa lapang sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM yang akan diumumkan pada bulan Mac nanti Najman Ikmal telah datang ke Pusat Internet Kg Parit Sapran untuk mempelajari dan menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ICT. Kemahiran yang sedikit dalam bidang ICT telah membuatkan Najman Ikmal ingin mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi dan seterusnya dapat memberi manafaat yang berguna kepadanya apabila melanjutkan pelajaran ke IPTA suatu hari nanti.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bermula awal Januari 2017, Najman Ikmal mula mengikuti kelas-kelas ICT bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang ditawarkan oleh PI Kg Parit Sapran seperti Kelas Microsoft Word, MS Excel, MS Power Point, Kelas Intel, Taklimat Klik Dengan Bijak dan sebagainya. Beliau juga turut melibatkan diri dengan program-program Dashboard Komuniti di PI Kg Parit Sapran. Najman Ikmal juga dapat mempelajari penggunaan komputer & internet dengan cara yang betul bersama petugas-petugas PI Kg Parit Sapran. Disamping itu juga beliau turut mengisi masa lapang dengan mengakses internet di PI Kg Parit Sapran bagi mengikuti mendapatkan infomasi dan maklumat terkini dari dalam dan luar negeri yang boleh dijadikan sumber ilmu. Beliau juga turut mencari tempat-tempat untuk beliau menyambung pelajaran apabila keputusan SPM keluar tahun hadapan di pusat internet Kg Parit Sapran. Sepanjang beliau baru menjadi Ahli hingga kini, beliau telah dapat menggunakan segala kemudahan yang terdapat di PI Kg Parit Sapran dengan sebaik-baiknya.