Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT – Ellyn Natasha binti Sahrol

BELAJAR MICROSOFT WORD BAGI PRINSIP AKAUN

Nama : Ellyn Natasha binti Sahrol  
Umur :17 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Ellyn Natasha adalah pengunjung yang sering berkunjung ke pejabat daerah bagi urusan tertentu. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan lain mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun, beliau mempunyai banyak waktu terluang di pejabat apabila berurusan di pejabat ini. Pada waktu tersebut beliau dijemput ke Mini PI KCC bagi mendekati pengetahuan ICT yang terdapat di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatannya di NADI,Ellyn Natasha tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas NADI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di NADI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, Ellyn Natasha telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas NADI.