mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan – Celik IT

Kisah Kejayaan Celik It

September 2017

 

Maizatul Nadiah bt Mohd Ismail merupakan seorang pelajar lepasan STPM dan mempunyai minat dalam mengejar ilmu dalam bidang IT dan ingin mencapai kejayaan dalam pembelajaran.Berumur 21 tahun dan menjadi ahli PI pada tahun 2016. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak begitu mahir dalam menggunakan Microsoft office mahupun penggunaan komputeri itu sendiri, beliau hanya tahu sedikit sahaja cara menggunakan. Boleh dikatakan hampir “zero” tentang komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Secara peribadi sejak adanya PI saya telah belajar banyak perkara, boleh dikatakan daripada tidak tahu tu, menjadikan saya insan yang berilmu. Saya telah mengikuti program Intel, Cambridge dan keusahawan yang dianjurkan PI tu sendiri. Selepas ni saya akan sambung pelajaran ke peringkat  IPTA, jadi tidak sia – sia ilmu yang diperolehi kerana saya dapat menggunakan ketika belajar nanti.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

–           Mempelajari Ms. Office

–           Mengikuti program membuat video.

–           Mengikuti Program mengedit gambar.

–           Mengikuti program – program yang dianjurkan PI

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Pihak PI telah melancarkan pelbagai program yang melibatkan kemasyarakatan, Ketika itu ramai pelajar dan penduduk kampung mula mengambil tahu dan ingin menjadi ahli di PI. Justeru itu, Cik Hanisah mula bertanya dan berminat untuk mengetahui kursus – kursus yang ditawarkan di sini. Selepas diterangkan dengan kursus yang ada di PI, beliau mula mengikuti kursus pertama iaitu mempelajari membuat video. Kemudian beliau mula berminat untuk kursus yang seterusnya iaitu mempelajari Microsoft selama 2 hari. Melalui pembelajaran dan pengalaman yang dilalui, beliau telah menjadi lebih fokus ketika membuat sebarang latihan yang diberikan. Cik Farrah telah menjadi ahli PI dan sekaligus pelatih setia dan kini kami berharap beliau menjadi pelajar contoh untuk adik – adik yang lain.

 

Maklumbalas terhadap latihan dan bantuan yang diberikan oleh pihak PI

Beliau telah menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dipelajari dengan sebaiknya dan telah berjaya diguna pakai di peringkat IPTA. Bagi beliau ilmu yang dipelajari banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus beliau.