mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Nur Afina Damia binti Habibudin

 

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama : Nur Afina Damia binti Habibudin
Umur : 6  tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Nur Afina Damia merupakan celik it yang berumur 6 tahun dan bersekolah di Tadika Parit Sapran. Adik Afina telah menjadi ahli PI sejak bulan Januari 2019 dan sering datang ke PI untuk mempelajari penggunaan komputer dan memahami penggunaan internet. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Afina mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer yang berkaitan apabila mendapat pendedahan penggunaan asas komputer di sekolah. Namun pengetahuan asas yang terhad terhadap ICT seperti contoh penguasaan internet yang sedikit serta ketiadaan jaringan internet yang lancar menghalang beliau untuk melaksanakan tugasan sekolah dengan sempurna. Jadi, beliau hanya boleh menggunakan komputer dan capaian internet semaksimum mungkin hanya kita berada di pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melihat kepada kepentingan mempunyai fasiliti komputer dan capaian internet demi mempelajari penggunaan it, adik Afina telah datang ke Pusat Internet Parit Sapran untuk menggunakan perkhidmatan disini. Kebiasaan beliau akan datang pada hari minggu untuk mempelajari penggunaan komputer, disamping menggunakan capaian internet bagi meluaskan pengetahuan penggunaan komputer. Adik Afina rajin melayari laman sesawang berbentuk akademik bagi mendapatkan latihan tambahan. Lebih dari itu, Adik Afina juga rajin mengajak rakan-rakan sekelasnya berkumpul membuat tugasan di PI disamping melakukan aktiviti bersama memandangkan keadaan di PI yang selesa dan lengkap. Beliau semakin mahir menggunakan ICT disebabkan sikapnya yang tidak malu bertanya dan positif untuk belajar.