Kelas Belajar Power Point
Mengikuti Kelas Adobe Photoshop
Nama : Nur Huda Binti Ismail |
Umur : 17 Tahun |
Latar Belakang
Adik Nur Huda adalah ahli PI Parit Sapran sejak 3tahun lalu. Sejak mendaftar sebagai ahli adik Huda sering mengikuti e-pembelajaran dan latihan ICT di PI.
Sebelum penglibatan PI
Sebelum adik Huda mengikuti kelas ICT di PI. Beliau belum mahir menggunakan Komputer dan belum tahu mengenai Power Point.
Selepas penglibatan PI
Pada mulanya petugas PI hanya memperkenalkan komponen-komponen dan sistem operasi komputer. Setelah sedikit mahir beliau di ajar cara mencari maklumat menggunakan carian google untuk mencari gambar-gambar atau bahan-bahan untuk dimasukkan di dalam power point.
PI Parit Sapran yang turut berfungsi sebagai tempat pembelajaran kepada pelajar. Dengan adanya capaian internet yang baik memudahkan mereka mencari maklumat yang diperlukan dalam proses pembelajaran.
Adik Huda juga sudah boleh menggunakan Power Point dan masih lagi dalam proses pembelajaran. Pada permulaan proses pembelajaran hanya mengenalkan mengenai komponen di dalam power point serta mengenalkan proses memasukan bahan dalam power point dan membuat contoh slide show. Kini adik Huda sudah boleh menggunakan Power Point tetapi masih dalam pembelajaran.