mcmc
Laporan Aktiviti

CAKNA ICT KOMUNITI BESTARI

CAKNA ICT KOMUNITI BESTARI

 

         

 

      

 

      

 

    Pada 11 Januari 2017 (Rabu) yang lalu, Perpustakaan Jalur Lebar Pontian telah menganjurkan Program Cakna ICT Komuniti Bestari yang diadakan di Perpustakaan Awam Johor Cawangan Pontian bermula dari jam 8.30 pagi -12.30 tengahari. Pelbagai aktiviti sempena program ini. Ada aktiviti yang dijalankan sebelum program tersebut berlangsung dan ada juga yang dijalankan semasa program tersebut berlangsung. Antara aktiviti / pertandingan yang dijalankan sempena dengan program ini ialah:

    • Sukaneka
    • Pertandingan Mewarna
    • Pertandingan dan Kuiz ICT
    • Taklimat Keusahawanan
    • Taklimat Klik Dengan Bijak 
    • Taklimat e-Waste
    • Pengenalan kepada Dashboard Komuniti
    • Pameran dan Jualan
    • Cabutan Bertuah
    • Dan lain-lain lagi.

   

    Terdapat dua kategori untuk pertandingan mewarna iaitu Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak Tadika / Pra-sekolah (semasa hari langsung) dan juga Pertandingan Mewarna untuk OKU PDK (sebelum hari langsung). Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tadika / Pra-sekolah ini telah disertai oleh kanak-kanak Tadika KEMAS Pontian dan pelajar Pra-sekolah dari Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi. Seramai 40 orang pelajar yang telah menyertai pertandingan ini. Kebanyakan pelajar yang memasuki pertandingan ini berumur antara 4 – 6 tahun. Pemilihan pemenang diambil kira dari sudut kekemasan mewarna, gabungan pilihan warna yang menarik dan memenuhi setiap ruang. Selain itu, turut diadakan permainan kotak beracun untuk pelatih OKU PDK Sinar Bakti Pontian. Seramai 30 orang pelatih OKU telah memasuki pertandingan ini dan hanya tiga (3) orang pemenang yang dipilih.

     Taklimat keusahawanan telah disampaikan oleh Puan Roszita binti Hamidun, Pengurus PI Kampung Parit Sapran mengenai cara-cara untuk memulakan perniagaan secara online serta kelebihan-kelebihannya. Puan Roszita turut memperkenalkan modul MyShop di dalam aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh digunakan oleh usahawan tempatan bagi mempromosikan produk mereka. Selain itu, Puan Roszita turut menyampaikan taklimat mengenai kesedaran dan keselamatan ketika melayari Internet, iaitu Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga program e-Waste iaitu program kitar semula barangan elektronik yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 

     Program ini telah dirasmikan oleh Puan Zarina binti Mohd Bain, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tanjung Piai pada jam 12.00 tengahari diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan juga cabutan bertuah.

    Program dan aktiviti seperti ini harus kerap dijalankan kerana dapat mempereratkan hubungan siraturrahim sesama ahli PI Pontian dengan masyarakat, selain itu dapat membantu golongan OKU meningkatkan semangat untuk terus maju dalam kehidupan sebagai manusia biasa.