Program Majlis Perasmian PDK Sinar Bakti Pontian
25 Ogos 2104, Pontian – Sebuah Program Majlis Perasmian PDK Sinar Bakti Pontian telah dilancarkan minggu ini. Majlis perasmian tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat. PDK Sinar Bakti merupakan salah sebuah Pusat Latihan bagi mereka yang kurang upaya (OKU). Tambahan lagi, PDK Sinar Bakti telah melahirkan ramai pelatih yang berkemahiran dalam pelbagai bidang seperti jahitan, masakan, anyaman dan lain- lain. Dengan melahirkan ramai golongan kurang upaya yang berkebolehan PDK Sinar Bakti kini menjadi sasaran utama bagi masyarakat setempat dimana IbuBapa boleh menghantar anak-anak mereka tanpa bimbang lagi. Selain pelatih berkemahiran, guru juga mempunyai kreativiti mereka sendiri untuk terus mengajar dan memberi ilmu. Majlis Perasmian PDK Sinar Bakti telah dirasmikan oleh Y.A.D Datin Rosni Binti Omar iaitu Yang Dipertua JUITA Negeri Johor telah memberi sumbangan sebanyak RM 10, 000 kepada PDK Sinar Bakti dengan harapan PDK Sinar Bakti terus bersinar dan memberi banyak pertolongan kepada orang ramai.
Kelas Lanjutan MS Word & Excel PI dan PJL Pontian
Rabu, 5 & 6 Nov – PI Kg. Parit Sapran telah menjadi tuan rumah dan tenaga pengajar ialah pengurus PI Kg. Parit Sapran sendiri dalam mengadakan satu kelas lanjutan yang melibatkan beberapa petugas PI dan juga PJL Pontian. Kelas lanjutan bagi MS Word telah berjalan lancar pada 5 November 2104, rabu dan kelas MS Excel pada hari khamis. Sehubungan itu, kelas yang telah dijalankan secara langsung melibatkan beberapa pengurus dan juga penolong pengurus. Tambahan itu, pada 6 November pula, kelas lanjutan bagi MS Excel pula telah berjalan dengan baik. Pelbagai perkara penting yang diajar bagi menambah ilmu baru serta pengetahuan dalam bidang pekerjaan kelak. Kelas ini telah memberi kesan positif dalam kehidupan seharian terutama dalam bidang pekerjaan. Secara tidak langsung ilmu yang telah diajar selama dua hari ini dapatlah agar petugas- petugas PI & PJL kongsikan kepada pelajar-pelajar lain.
Gotong – Royong belia Kg. Parit Sapran
13 Dis 2014, Rabu – Sebelum berlansungnya Majlis Anugerah Desa Cemerlang Kg. Parit Sapran yang bertempat di Pusat Internet (PI) Kg. Parit Sapran semua belia Kg. Parit Sapran telah bekerjasama untuk membantu dalam proses pembersihan serta mengecat semula dinding –dinding agar kelihatan bersih. Belia di sini telah menjadikan sifat kerjasama dalam diri mereka malah mereka sanggup membantu lebih masa untuk menjayakan Majlis ini. Tanpa memberi banyak alasan mereka terus membersihkan setiap sudut kawasan termasuk luar kawasan surau dan PI di sini. Sifat yang di tunjuk kan oleh belia dan remaja di sini yang dapat di jadikan contoh pada anak muda lain. Tanpa rasa bosan dan mengeluh mereka terus memberi bantuan tanpa di suruh. Sebagai anak generasi moden kini, sifat kerjasama haruslah di terap dan menjadi amalan murni yang di kagumi.
Bacaan Yassin Wanita (Mingguan)
Setiap hari ahad merupakan hari yang di pilih oleh Wanita Kg. Parit Sapran bertujuan melaksanakan aktiviti kerohanian yang melibatkan sekumpulan wanita di sini. Aktiviti bacaan Yassin wanita di sini terus dijalankan kerana sifat saling kerjasama dan semangat kerohanian mereka menjadikan suasana lebih meriah dan surau Kg. Parit Sapran terus menjadi tumpuan. Apa yang ingin diperkatakan surau dan PI Kg. Parit Sapran adalah bersebelahan dan kami juga merasakan tenang apabila bacaan Yassin ini berlangsung. Selain daripada itu, Surau disini sememangnya menjadi tumpuan penduduk kg dan banyak berbakti untuk mereka disini boleh dikatakan apa sahaja aktiviti kerohanian atau majlis dan mesyuarat, Surau kg. sapran ini adalah tempat untuk perjumpaan penduduk kg. Penduduk. Oleh yang sedemikian sekali lagi, menjadikan surau ini terus hidup dan tidak akan sunyi kerana petugas PI Kg. Parit Sapran juga menggunakan surau kg. parit sapran untuk solat. Alhamdulilah kerana aktiviti – aktiviti kerohanian di kg. parit sapran ini terus aktif kerana AJK dan penduduk kg yang saling memerlukan tanpa mengira usia mereka saling bantu – membantu. Kami juga berharap aktiviti yang mulia ini terus menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita,
In shaa Allah semuanya dengan izin Allah S.W.T dan sama –sama kita mendoakan kesihatan penduduk kg. Parit Sapran dalam keadaan sihat serta di permudahkan urusan mereka.
Kg. Parit Sapran Johan ADC
Dalam Kesibukan AJK – AJK Kg. Parit Sapran membuat persedian dengan begitu tekun dan bekerjasama, ternyata kepenatan mereka telah pun terbalas apabila Kg. Parit Sapran telah mendapat penghargaan sebagai Johan Anugerah Desa Cemerlang 2014. Selain daripada itu, Ketua Kampung mengucapkan tahniah di atas bantuan Pusat Internet Kg. Parit Sapran yang telah bekerjasama dengan jayanya menyiapkan profail Kg. Parit Sapran dengan teliti dan penuh pengisian. Kewujudan PI Kg. Parit Sapran sememangnya memberi impak yang berkesan dan membantu penduduk disini dalam menjayakan apa saja program yang melibatkan penggunaan komputer. Profail kg. Parit Sapran telah dinilai dengan begitu teliti dan begitu tidak percaya apabila usaha selama beberapa minggu telah mendapat penghargaan daripada pihak penilai, dengan pemarkahan sebanyak 95 peratus Kg. Parit Sapran telah di nobatkan sebagai Johan dalam daerah pontian. Ucapan Tahniah kepada kg. Parit Sapran atas kejayaan kg. mereka, semoga terus maju dan menjadi kg. contoh kepada yang lain.
Program i-Health (07/08/2015)
Program i-Health merupakan sebuah program bagi mempromosikan kepentingan kesihatan kepada penduduk di sekitar Pusat Internet (PI) Kampung Parit Sapran. Pelbagai program berunsurkan kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan, “Healthy Brisk-Walk”, Pertandingan Memasak Sandwich, Sukaneka dan lain-lain akan dijalankan semasa program ini.
Tarikh : 07 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Kg. Parit Sapran
TENTATIF PROGRAM I-HEALTH PUSAT INTERNET (PI) KG. PARIT SAPRAN
MASA |
AKTIVITI |
|
07.30 pg – 08.30 pg |
Pendaftaran (Peserta Program / Pengunjung / Ahli Baru PI / & dll) & Pameran / Pemeriksaan Kesihatan |
Pendaftaran Peserta “Healthy Brisk-Walk” di Perkarangan Surau Parit Sapran |
08.30 pg |
|
|
09.00 pg – 09.30 pg |
Sarapan Pagi |
|
09.30 pg – 11.00 pg |
Kerusi Berirama (Lelaki / Perempuan) Chap Teh / Sepak Yem (Lelaki / Perempuan) Tiup Belon (Lelaki / Perempuan) Reka Busana (Terbuka)
|
|
11.00 pg – 12.00 tgh |
|
|
12.00 tgh |
Jamuan / Bersurai |
Perkhemahan PDK Sinar Bakti (KDB)
15 Sept 2015, Selasa & Rabu – Perkhemahan yang berlangsung selama dua hari satu malam ini di ikut dengan Warga Emas, Wanita, Dewasa lelaki, Belia, OKU, Pelajar Sek. Men. & Sek. Ren., Kanak-kanak. Pelbagai aktiviti LDK yang dijalankan yang telah mendapat kerjasama yang baik oleh ibubapa dan pelatih disitu. Melalui perkhemahan ini pelatih diajar penggunaan word dengan menyusun gambar yang telah diambil daripada internet “copy dan paste” dan peserta juga di ajar membuat jadual dengan penyusunan yang betul.
Kampung Parit Sapran, Kayu Ara pasong Juara Anugerah Desa Cemerlang
Jumaat, 4 Dis 2015 – ” Pengiktirafan diberikan kepada sesebuah kampung seharusnya dijadikan contoh terbaik kepada kampung lain.
Wakil penduduk Kg. Parit Sapran. Tahniah diucapkan.
TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA TNB
Isnin, 18 Januari 2016 – Berlangsungnya sebuah program yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad Pontian bertempat di komplek penghulu Mukim Api – Api yang di hadiri oleh semua JawatanKuasa Kampung di sini. Pusat internet (PI) Kg. Parit Sapran dijemput hadir bersama pada hari program kerana mewakili agen BSN. Memperkenalkan kepada penduduk Mukim Api – Api tentang kewujudan kami dalam membantu memudahkan penduduk disitu. Program berlangsung dan tamat dengan jayanya.
En. Nazmi daripada TNB sedang memberi penerangan berkaitan taklimat
Jumaat, 29 Januari 2016 – Pontian, “Rezeki OKU dapat motosikal roda tiga”
PENGENALAN INTEL PROGRAM
Khamis – Sabtu, 18 – 20 Februari 2016 –
Pendaftaran dimulakan pada jam 9.00. Seramai 1 orang Penolong Pengurus yang terlibat terdiri daripada Pusat Internet Fasa 4 Telephony telah mendaftar nama untuk menghadiri Latihan Intel ini selama 3 hari iaitu dari tarikh 18 Februari 2016 hingga 20 Februari 2016.
Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada Program Keusahawanan Intel iaitu e-Basic. Petugas diterangkan mengenai objektif kursus serta modul-modul yang terdapat di dalam kursus E-Basic ini.
Petugas diberikan penjelasan mengenai maksud keusahawanan dan membezakan seorang usahawan dengan seorang pekerja. Seterusnya mengenalpasti ciri-ciri seorang usahawan, membuat latihan berdasarkan beberapa kajian kes dan seterusnya melihat keupayaan seseorang usahawan.
PROGRAM DI BSN (MEMBUKA AKAUN BSN)
Sabtu, 12 Mac 2016 – Berlansungnya pemberian voucher BRIM dan penerima yang ingin membuat akaun BSN diberi promosi dengan harga RM20.00 sahaja jika mereka ingin berdaftar dengan agen BSN Pusat Internet Kg. Parit Sapran pada hari tersebut. Program yang bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang berjalan lancar dan seramai 20 orang yang membuat akaun BSN untuk mengeluarkan duit dengan lebih senang dan tidak perlu beratur panjang lagi.
Ketika pendaftaran pembukaan akaun dijalankan
PROGRAM DI BSN (MEMBUKA AKAUN BSN KALI KEDUA)
Sabtu, 09 April 2016 – Sekali lagi kami terpanggil untuk mengikuti program BSN yang dianjurkan oleh EBB. Kami mewakili agen BSN Kg. Parit Sapran membuat promosi pembukaan akaun BSN kali pertama untuk orang awam yang masih belum mempunyai akaun. Program ini diadakan dalam membantu Staff BSN lebih mudah dalam pengurusan pendaftaran akaun baru untuk orang awam, ternyata kedatangan kami diberi sambutan yang baik dan pendaftaran berjalan lancar. Program tamat seawal jam 12.30 tengahari.
Pembukaan akaun baru hanya RM30 sahaja
Program JOM BACA 10MINIT Perpustakaan Awam Pontian
25 April 2015, Ahad – Berlangsungnya sebuah program yang mengajak masyarakat setempat untuk meluangkan masa selama 10 MINIT untuk membaca atau mendengar kisah yang disampaikan oleh pemberi ceramah. Daripada program yang dijalankan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membaca dalam kehidupan harian. Program ini juga telah mendapat sambutan ramai dalam memupuk nilai membaca kalangan individu tidak kira usia.
Antara yang hadir memeriahkan program
Majlis Tadarus & Tahlil PDK Sinar Bakti
11 Mei 2015, Rabu – Dengan rasa rendah diri dan bersyukur kerana berkesempatan untuk bsama – sama mengikuti majlis tadarus dan tahlil yang di adakan di PDK Sinar Bakti, Pontian. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Berikut dengan kehadiran komuniti dan ibubapa penjaga telah menghidupkan lagi suasana majlis ilmu yang diadakan. Semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat kelak.
Bacaan tahlil dan doa
BENGKEL MATEMATIK UNTUK PELAJAR TAHUN 4,5 DAN 6
29-30 Mei 2016, Ahad & Isnin – Pusat Internet Kg. Parit Sapran telah membuat satu program yang menganjak pelajar – pelajar serta ibu bapa untuk mengikuti pembelajaran anak – anak mereka. Bengkel matematik yang di anjurkan telah menarik minat ramai ibu bapa menghantar anak – anak mereka untuk menyertai. Bengkel yang telah disertai pelajar seramai 59 peserta diadakan di perpustakaan awam pontian, bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari selama dua hari iaitu dua sesi.
Bengkel tamat dengan jayanya
Ketika bengkel dijalankan
Program Bubur Lambuk Anjuran BSN
26 Jun 2016, Selasa – Telah berlansung satu program yang telah di anjurkan oleh BSN atas kerjasama PI Kg. Parit Sapran dan juga melibatkan penduduk Kg. Parit Sapran. Program yang di jalankan telah mendapat sambutan dan telah di hadiri oleh pengarah BSN dan juga staff BSN yang terlibat pada hari tersebut. Bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5petang. Program telah berlangsung dengan lancer serta mendapat sambutan ramai.
Antara petugas PI & PJL yang turut serta
Penduduk Kg. yang memberi kerjasama
Assalamualaikum,
TERBUKA KEPADA SEMUA REMAJA BERUSIA 18 – 24 TAHUN 😀
Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pertandingan seperti borang & syarat penyertaan boleh layari laman web
www.infosihat.gov.my/…/pengum…/pertandingan_video_kretif.php
Tarikh tutup penyertaan 1 September 2016.
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/pengumuman/pertandingan_video_kretif.php
Jamuan Raya PI Kg. Parit Sapran
23 Julai 2016, Sabtu – Berlangsungnya satu program iaitu jamuan Raya aidilfitri bersama Ahli PI Kg. Parit Sapran yang diterima baik oleh adik – adik disini. Mereka merupakan ahli PI Kg. parit Sapran yang setia bersama sejak PI mula beroperasi dan sering mengikuti apa sahaja program yang dijalankan. Dengan kemesraan dan silaturahim antara penduduk Kg. Parit Sapran telah mejadikan PI kami lebih dikenali atas penyebaran oleh penduduk Kg. parit sapran itu sendiri. Mereka sentiasa bekerjasama apabila apa sahaja program dan aktiviti PI yang dijalankan. Selain menyertai pertandingan mereka juga memberi sumbangan tenaga apabila sesuatu program akan berlangsung. Kesetiaan mereka menjadikan kami lebih dihargai dan berharap PI terus dapat membantu penduduk Kg. Parit Sapran kelak.
Gambar Raya bersama adik – adik Kg. Parit Sapran
Jamuan Raya yang disediakan PI
Pertandingan mewarna dan Teka silang kata sempena bulan kemerdekaan
26 – 27 Ogos 2016, Jumaat & Sabtu – Sempena bulan kemerdekaan, Pusat Internet Kg. Parit Sapran telah mengadakan pertadingan yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Dimana peserta perlu menyertai pertandingan mewarna untuk hari jumaat dan seterusnya teka silang kata kemerdekaan. Untuk memupuk rasa dan nilai murni kepada para pelajar dan menjadi contoh kepada generasi kini. Pertandingan seterusnya akan diadakan lagi sehingga Hari Malaysia iaitu 16 September 2016. Bagi mengingati hari – hari bersejarah Malaysia pertandingan yang dijalankan mampu memberi motivasi kepada para pelajar, samaada di sekolah atau habis waktu sekolah.
Pertandingan mewarna sek ren & men