Pada 20 November 2018 yang lalu Pontian telah mengadakan sambutan Maulidurasul di Masjid Besar Pontian.Tujuan diadakan adalah untuk Memperingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW tidaklah terhad kepada hari tertentu ataupun hanya melalui acara tertentu. Ia sepatutnya disegarkan dalam ingatan setiap Muslim sepanjang masa. Ini kerana baginda adalah Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT membawa syariat untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Aktiviti perarakan sambil membaca selawat atas Nabi SAW dan ceramah agama yang rutin dilakukan pada bulan Rabiulawal sangat signifikan untuk menyegarkan ingatan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Amalan ini juga dapat meninggikan syiar Islam yang sesuai dengan kedudukannya.
Disambut meriah dan dihadiri VIP terhormat Tunku Abd Rahman Al-Haj Tunku Panglima Johor.