HARI BERSAMA PUSAT INTERNET (PI) KG. PARIT SAPRAN
Pusat Internet (PI) Kg. Parit Sapran Pontian Johor telah mengadakan sebuah program iaitu Hari bersama sempena Majlis perasmian bagi pembukaan Pusat Internet Kg. Parit Sapran. Majlis ini diadakan bertujuan untuk:
- Memperkenalkan Kepada Masyrarakat setempat tentang kewujudan Pusat Internet dalam kalangan Masyarakat Luar Bandar.
- Merapatkan Jurang Antara penduduk setempat dan Antara kampung-kampung lain.
- Meningkatkan Kualiti penduduk dalam bidang ICT.
- Promosi perkhidmatan yang disediakan
- Menambah keahlian Baru dan mengekalkan kesetiaan keahlian lama
Program yang diadakan telah melibatkan semua penduduk kg. Parit Sapran dan juga masyarakat setempat yang lain. Program ini juga telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk Kg. Parit Sapran itu sendiri. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan.
Sebelum program berlansung :
-Bengkel, Taklimat dan kelas ICT seperti yang berikut :
- Taklimat klik dengan Bijak di sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong & Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian
- Bengkel Movie Maker ( Pelajar sekolah Menengah)
- Bengkel Animasi Adobe Flash
- ( Pelajar Sekolah Menengah )
- Bengkel E-Pembelajaran
- ( Kanak-kanak tadika & Pra Sekolah)
(Terbuka – 18 tahun ke atas)
-Aktiviti Permainan dan kuiz ICT (19/04/2014)
( Pelajar Tadika & Pra- sekolah)
-Sukaneka (19/04/14)
Semasa Program Berlangsung :
- Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak Tadika & Pra- sekolah)
- Pertandingan Gubahan Tuala
- Petandingan Masakan berasaskan ubi
- Cabutan bertuah
- Pendaftaran Ahli
- Pameran
- Penyampaian Hadiah
Antara kebaikan dan kelebihan Program yang di jalan adalah :
- Program yang telah dijalankan secara tidak langsung memperkenalkan kepada penduduk-penduduk tentang kewujudan Pusat Internet ini sebagai salah satu kemudahan dalam bidang komunikasi dua hala.
- Menambah keahlian baru dalam kalangan penduduk setempat dan luar kawasan kampung.
- Memberi peluang kepada masyarakat setempat mengembangkan perniagaan secara online. Contoh, website, facebook dan lain-lain.
- Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kemudahan internet masa kini.
- Dapat menyebarkan ilmu ICT secara berterusan.
Berikut adalah nama-nama VIP yang hadir bersama :
- Yang Berhormat/ Berbahagia YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Perasmi)
- Yang Berusaha Tuan Haji Muji Bin Haji Salimon ( Pegawai Daerah Pontian )
- Yang Berusaha Encik Wan Khairil Reza Bin Wan Kamaludin ( Timbalan Pengarah SKMM Wilayah Selatan)
- Yang Berusaha Encik Mohd Razali Bin Dahlan ( Penghulu Mukim Api-api)
- Yang dihormati Haji Shahron Bin Haji Taib (Ketua Kampung)
- Yang Berusaha Encik Syakirin Bin Ismail ( Wakil TM )
Perlaksanaan aktiviti utama adalah seperti berikut :
7.30-8.00 – Pendaftaran (Peserta Program/ Pengunjung/ Ahli Baru Pusat Internet / Dan Lain-lain
8.00-9.00 – Taklimat KDB oleh SKMM/ Pertandingan Gubahan Tuala/ Pertandingan Masakan Kuih berasaskan Ubi/ Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika & Pra sekolah
9.00-9.15 – Peserta program dan hadirin mengambil tempat
9.15-9.30 – Ketibaan Tetamu Khas
9.30-10.30 – Bacaan Doa, Ucapan Wakil SKMM, Ucapan Perasmian, Penyampaian Hadiah dan cenderahati
10.30-12.30 – Jamuan VIP (Penyampaian Hadiah & Cenderahati / Cabutan Bertuah
12.30 tghr – Jamuan/Bersurai
*Peserta lain yang terlibat :
-RHB
-Perpustakaan Awam Pontian
-PDK Sinar Bakti
-5 IKS yang terlibat (Makanan, Kraftangan, & lain-lain)
MAJLIS ANUGERAH DESA CEMERLANG KG.PARIT SARPAN 2014
Ahad, 14 Disember – Kg. Parit Sapran telah tersenarai untuk menyertai ADC untuk tahun ini. Oleh itu, Sebagai persediaan awal AJK Kg. Parit Sapran memulakan mesyuarat/perjumpaan pertama, kedua dan akhir sebelum bermulanya program ADC ini. Masyarakat kampung disini sangat bekerjasama apabila dilihat belia, dewasa turut bekerjasama dalam menyiapkan segala persediaan program. Program ADC ini, merupakan peringkat daerah pontian yang disertai beberapa buah kampung yang lain. Aktiviti kampung yang dijalankan sebelum berlakunya program ialah gotong – royong kampung dan pembersihan kawasan kampung bagi menceriakan lagi suasana. Berikut adalah tarikh program yang dijalankan :
Tarikh : 14 Disember 2014
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
PROGRAM BERSAMA PELAJAR PASTI KG. PULAI SEBATANG (E-LEARNING)
15 Okt 2015, Khamis – Pelajar PASTI yang terdiri daripada lebih 20 orang yang mengikuti program E-learning yang dijalankan bermula Jam 8.30pagi hingga jam 12.30 tengahari yang diikuti oleh para guru dan petugas PI Kg. Pulai sebatang, Parit Selangor dan juga Pusat internet Kg. Parit Sapran bekerjasama dalam menjayakan program tersebut dengan menunjuk ajar kepada pelajar penggunaan komputer. Pelajar juga di ajar secara online menggunakan aplikasi lama web E-Learning dan up to ten yang membantu meransang cara pemikiran pelajar dengan lebih membina. Pelajar juga menunjukkan minat dan rasa teruja dengan pelajaran yang diberikan. Kami berharap segala ilmu yang diberikan dapat dijadikan kegunaan di alam persekolah kelak.
Pelajar sedang mengenal huruf menggunakan e-learning
Pelajar lelaki sedang bersama – sama belajar mengenal huruf
Pelajar mendengar penerangan yang disediakan oleh petugas PI
PERTANDINGAN DAN AKTIVITI PI SEPANJANG CUTI SEKOLAH
Khamis, 26 Nov 2015 – Bermulanya aktiviti dan program sempena cuti persekolahan hujung tahun 2015. Alhamdulilah dengan aktiviti yang dijalankan peserta telah menunjukkan minat dan mengikuti setiap aktiviti yang di adakan bermula 26 Nov – 31 Dis ini. Aktiviti dan pertandingan ini telah di sertai oleh penduduk kampung Pt. Sapran dan juga pelajar luar. Berikut adalah Poster pertandingan yang telah dan akan dijalankan :
POSTER AKTIVITI SEMPENA CUTI SEKOLAH 2015 PI KG. PARIT SAPRAN
Bersama – sama ini beberapa gambar aktiviti yang telah berlangsung bermula 26/11/15
Peserta sedang mewarna menggunakan ‘paint’
Peserta sedang berlawan chess
PROGRAM LESTARI PERPUSTAKAAN JALUR LEBAR (PJL PONTIAN)
ATURCARA PROGRAM PROGRAM PERPUSTAKAAN JALUR LEBAR (PJL PONTIAN) (17/12/2015 ) |
MASA |
AKTIVITI |
09:00 AM – 05:00 PM |
PENDAFTARAN PENGUNJUNG/KEAHLIAN BARU/PAMERAN/JUALAN |
09.00 AM – 11.00 AM |
|
11.00 AM – 12.00 PM |
|
12.00 Tengahari |
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM ________
(PUAN ZANARIAH BT ABDUL RAUF ) ( KETUA CAWANGAN PPAJ CAWANGAN PONTIAN)
|
CABUTAN TIKET BERTUAH |
|
1.00 Petang |
JAMUAN / BERSURAI |