Kelas Video Animasi Menggunakan Aplikasi Atas Talian Powtoon (Staff PI & PJL Daerah Pontian)
Pada hari Khamis, 13hb Oktober yang lalu, PI Kg. Parit Sapran telah mengadakan Kelas Video Animasi menggunakan Aplikasi Atas Talian Powtoon untuk petugas PI dan PJL Daerah Pontian. Seramai 4 orang petugas yang sempat untuk menyertai kelas ini.
Di dalam kelas ini, para petugas diajar bagaimana untuk mendaftar akaun di www.powtoon.com untuk memulakan membuat video animasi. Aplikasi powtoon ini sebenarnya hampir sama seperti menggunakan aplikasi Microsoft Office iaitu Powerpoint. Kelebihan Powtoon ini iainya lebih menarik dan boleh menghasilkan video berbanding Powerpoint.
Para petugas seterusnya diajar bagaimana untuk menggunakan aplikasi Powtoon tersebut untuk menghasilkan video. Hasil video tersebut adalah mengikut kreativiti petugas itu sendiri. Setelah siap, video tersebut boleh dimuatnaik ke dalam youtube.
Oleh kerana, aplikasi Powtoon yang digunakan ini adalah yang percuma, oleh yang demikian ada sedikit kekangan terhadap penggunaan peralatan yang terdapat dalam Powtoon tu.
Walau apapun, petugas-petugas yang menyertai kelas ini berasa seronok kerana telah mempelajari ilmu baru.