mcmc
Laporan Aktiviti

Program Kempen Internet Selamat (KIS) 2026 @ Bazar Ramadan yang berlangsung di IWK Eco Park @ Pantai Dalam.

MCMC melalui Pejabat Wilayah Persekutuan (WPSO) dengan kerjasama Pejabat Wilayah Tengah (CRO) telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat (KIS) 2026 @ Bazar Ramadan yang berlangsung di IWK Eco Park @ Pantai Dalam.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah; Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri, Tuan Haji Bukhari Bin Yahya; Pengarah Kanan Pejabat Wilayah Tengah, Tuan Mohamad Rizal Bin Ahmad; serta Pengarah Pejabat Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Faisal Hamdi Bin Mohammed Ghouth.

500 unit Kit Ramadan telah diedarkan kepada para pengunjung dan tetamu yang hadir, lengkap dengan risalah panduan kawalan keselamatan Internet sebagai sumber rujukan khusus kepada ibu bapa. Inisiatif ini menjadi platform penting dalam menyampaikan mesej kesedaran mengenai keselamatan Internet serta menyokong usaha MCMC dalam membina komuniti digital yang lebih peka, celik teknologi dan beretika di alam siber.

#MCMC#KempenInternetSelamat