Sambutan Maulidurrasul Di Kampung Parit Sapran
Jumaat, 29 Disember telah diadakan Sambutan Maulidurrasul di Kampung Parit Sapran disini. Majlis anjuran Ketua Kampung Parit Sapran ini disambut dengan sangat meriah. Majlis yang bermula seawal pukul 7 pagi dimeriahkan dengan perarakan selawat ke atas Rasul, Nabi Muhammad S.A.W secara beramai-ramai mengelilingi kawasan sekolah.