mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti – Lawatan Kerja YBhg Dato’ Mohid Bin Mohamed

Lawatan Kerja YBhg Dato’ Mohid bin Mohamed

 

  Dato’ Mohid berbincang bersama Pegawai SKMM Wilayah Selatan,

            Penghulu Mukim Api-api, dan Ketua Kampung Kawasan 2 Parit Sapran.  

 

                   Lawatan Dato’ Mohid bersama Pegawai SKMM Wilayah Selatan

                      di rumah Pn. Rohana pengusaha sate sejuk beku (d’Benua Sate).

 

IMG 20170817 WA0061

Lawatan Beliau di bengkel Pn. Norhafizah binti Tanuri bersama Pegawai SKMM Wilayah Selatan

untuk melihat pembuatan makanan basah dan kering.

 

Lawatan beliau di bengkel Hjh. Mijah binti Sinan untuk melihat pembuatan

kraftangan rotan bersama Pegawai SKMM Wilayah Selatan.

 

Lawatan Dato’ Mohid bersama Pegawai SKMM Wilayah Selatan

di bengkel pembuatan batik milik Pn.Nor dan En. Kamaruzi.

 

Tujuan Lawatan

Ahli Suruhanjaya MCMC YBhg. Dato’ Mohid Mohamed selaku TKSU (Dasar) KKMM mengadakan lawatan kerja di Johor pada 6 Ogos 2017 jam 9.30 pagi di PI Parit Sapran Pontian Johor. Antara tujuan lawatan beliau adalah meninjau “special projek” yang ada di PI atau perkara-perkara yang menarik di sekitar PI. Selain daripada itu beliau juga turut meninjau cara-cara IKS beroperasi menjalankan kerja-kerja di sekitar ini.

Aktiviti 

Pada sebelah pagi pihak PI membuat taklimat mengenai PI dan kawasan sekitar Kampung. Taklimat ini dihadiri oleh Penghulu Mukim Api-api, Ketua Kampung Kawasan 2 , dan Pegawai SKMM Wilayah Selatan. Selain daripada itu, beliau juga banyak memberi idea dan pendapat untuk penambah baik PI dan IKS sekitar kawasan. Selepas makan tengah hari beliau dan Pegawai SKMM Wilayah Selatan serta wakil Ketua Kampung melawat kawasan IKS yang beroperasi di kawasan sekitar Parit Sapran. Antaranya ialah IKS Puan Rohana iaitu menjalankan perniagaan sate sejuk beku (d’benua Sate) yang telah beroperasi selama hampir 7 tahun yang mula beroperasi pada tahun  2010. Dato’ Mohid melihat bagaimana penyediaan sate sejuk beku dijalankan serta merasa sate tersebut. Selain itu, IKS lain ialah melihat bengkel Pn. Norhafizah binti Tanuri iaitu perniagaan membuat kuih raya dan pelbagai aneka kerepek. Beliau merasa pelbagai jenis kuih raya dan melihat cara-cara pembuatan kuih tersebut. Selepas itu, beliau juga turut melihat bengkel pembuatan kraftangan rotan milik Hjh. Mijah binti Sinan yang telah beroperasi hampir 10 tahun yang kini diwarisi oleh anak mereka untuk diteruskan dari zaman ke zaman, beliau juga dapat mempelajari cara bagaimana bakul dihasilkan melalui rotan dan berpeluang melihat pelbagai jenis kraftangan yang telah dihasilkan. Akhir sekali lawatan beliau di Kompleks Penghulu untuk melihat bengkel pembuatan batik milik Pn.Nor dan En. Kamaruzi. Beliau mempelajari cara penghasilan batik dan cara-cara mencanting batik.