mcmc
MPKK

JKKK

Untitled 1

 STRUKTUR ORGANISASI JKKK KAMPUNG KAWASAN 2, MUKIM API – API, PONTIAN, JOHOR

 

 AHLI JAWATANKUASA ADSIM KAMPUNG PARIT SAPRAN, KAWASAN 2, MUKIM API – API, PONTIAN, JOHOR.

 

TANGGUNGJAWAB JKKK

 

Dalam Aspek Kemajuan Kampung:

  1. Mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa setiap 2 bulan sekali bagi membincangkan program yang dirancang agar berjalan dengan teratur dan sempurna
  2. Merancang segala projek pembangunan dan kemasyarakatan
  3. Menyusun kerja gotong-royong
  4. Merujuk segala perancangan pembangunan melalui Jabatan yang berkenaan dan bekerjasama untuk melaksanakan
  5. Menjadi perantara antara jabatan dan orang ramai
  6. Mengatur sektor keselamatan kampung
  7. Menghalang dan menangani punca perpecahan masyarakat dan anasir tidak sihat melalui kegiatan social, fahaman politik dan keagamaan
  8. Membantu kerajaan dalam melaksanakan projek-projek yang dilaksanakan seperti pelancaran projek dan mendapatkan projek yang sesuai
  9. Menjadi badan perantara di antara orang kampung dengan kerajaan

 

Kerja-kerja gotong-royong yang telah dijalankan:

  • Membina tanda GDW
  • Menanam pokok bunga
  • Lanskap
  • Membuat papan tanda
  • Membersih kawasan
  • Gotong-royong perdana di Pekan Kayu Ara Pasong

Dalam Aspek Keselamatan:

  1. Membantu agensi kerajaan memelihara ketenteraman awam kampung
  2. Mengambil langkah perlu untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan Awam sentiasa wujud di kampung.
  3. Melaporkan kepada pihak berkuasa terhadap apa jua aktiviti yang dianggap memecahkan perpaduan penduduk di dalam kampung, ancaman anasir subversif, jenayah dan memperalatkan agama.                                                           

Penyampaian Maklumat:

  • Menampal di papan tanda kampong dan kawasan strategic seperti di kedai-kedai, masjid dan balairaya
  • Pengumuman di masjid
  • Pengumuman pada Majlis Tahlil
  • Pengumuman di setiap perkumpulan Wanita

Gerakan Kesedaran bagi Perubahan Sikap:

  • Ceramah Agama di balairaya dan Masjid
  • Ceramah kesihatan dan kebersihan bersama Jabatan Kesihatan
  • Kursus Motivasi kepada pelajar skolah dengan kerjasama PIBG dan sekolah

PELAN TINDAKAN KAMPUNG

  • Mesyuarat JKKK bagi merancang pelan tindakan.
  • Membentuk masyarakat berilmu dan  berteknologi
  • Membentuk kepimpinan aktif dan  berdaya maju
  • Meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan penduduk.
  • Mengindah dan menceriakan kampung
  • Melengkapkan prasarana
  • Menjadikan kampung ke arah kecemerlangan dalam semua bidang.

 

WAWASAN

Penubuhan Koperasi Desa

v  Matlamat penubuhan Koperasi Desa ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggota khusus penduduk kampung ini mengikut prinsip-prinsip koperasi.

v  Tujuan utama koperasi ini ialah menjalankan aktiviti perniagaan. Bagi mencapai matlamat tersebut, koperasi bercadang mengadakan aktiviti pengguna seperti :-

  1. Perniagaan keperluan harian, alat-alat elektrik, perkakas rumah dan lain-lain asset.
  2. Menjalankan kegiatan pinjaman
  3. Membeli, menjual, memindahkan hak milik, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih & tidak alih
  4. Pembangunan tanah, kelapa sawit dan getah
  5. Menjalankan aktiviti, pengurusan perniagaan dan perkhidmatan

Sumber kewangan

Bagi mencapai matlamat koperasi, koperasi boleh mendapat model dengan cara mengumpul syer, yuran, simpanan khas, dan anggota-anggota dan mendapatkan pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan bagi mengendalikan sebarang aktiviti ekonomi dan diluluskan dalam mesyuarat lembaga.

Bagi mematuhi syarat/peraturan penubuhan Koperasi, Mengikut Akta Koperasi 1993, kami sedang merangka Undang-undang kecil koperasi sebagai panduan dalam mengerakkan koperasi Desa. Oleh hal yang demikian kami telah menghantar beberapa orang ahli Jawatankuasa kami menghadiri kursus :-

 

BIL

KURSUS

PESERTA

1.

Penubuhan Koperasi

Anjuran Maktab Kerjasama Malaysia Kuala Lumpur

En. Mahadi Bin Saban

Setiausaha JKKK

2.

Perakaunan Dan Kewangan

Anjuran Maktab Kerjasama Malaysia Kuala Lumpur

En. Mohd Basar Bin Idris

JKKK

3.

Audit Dalaman Koperasi

Anjuran Jabatan Koperasi Johor, Johor Bahru

En.Mahadi Bin Saban

Setiausaha JKKK